TAWARAN SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL)
Program Skim Latihan ( SSL ) merupakan satu agenda penting kerajaan dalam membantu para graduan yang sukar mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Kerajaan
telah menyediakan peruntukan yang besar bagi menjalankan pelbagai kursus
dalam usaha menambah kemahiran dan pengetahuan graduan. Program ini
dijalankan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dengan jenis
program yang dijalankan ada yang berbentuk umum dan ada yang spesifik,
yang bertujuan membangun kemahiran khusus untuk memenuhi keperluan
sesuatu industri.
TAWARAN SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang
berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan
Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut:-
(i) Graduan Siswazah
No. Notis : JPAN Bil. 7/2014
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*
(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)5/2014
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM750.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*
CARA MEMOHON
-Borang Permohonan (JPAN-SSL/7 dan JPAN-SSL(D)5 boleh diperolehi daripada
Urus Setia SSL Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Tingkat 5, Wisma
Perindustrian, KOTA KINABALU atau melalui laman web
http://www.sabah.gov.my/jpan
-Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah
dihantar bersama salinan sijil yang telah disahkan benar seperti berikut:-
(i) Salinan Sijil Kelahiran;
(ii) Salinan Kad Pengenalan;
(iii) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua ibubapa;
(iv) Salinan Ijazah Sarjana Muda/Diploma;
(v) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya;
dan
(vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini.
Kepada : Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 5, Wisma Perindustrian
88400 KOTA KINABALU
(U/P: Unit Pelantikan)
Sebelum atau pada : 27 September 2013
For more information on these vacancies and how to apply, please visit the link below.
Advertising Job Vacancies
Jawatan Kosong 2013 | Job Vacancies 2013